Ramai Lah pulak tanya pasal ASB vs Overdraf
Semalam kengkawan opis aku minta pendapat berkenaan ASB vs Overdraft. pasal ramai kata menguntungkan. juga ada kata apa yang menguntungkan.
rasanya aku dah cerita benda ni sebelum ni lagi. selepas aku mengkaji sedikit demi sedikit ada baik buruknya jika membuat Overdraft dari Sijil ASB.
Kebaikan paling utama kita dapat cash. best bila dapat cash. tapi akan jadi keburukan jika kita gunakan overdraft ni bukan tujuan perniagaaan. kerana kita akan tanggung hutang. Pulangan dari ASB kita pulak just cover semula interest overdraft.
tapi kalu nak lagi hebat jom kita kira skit. sijil ASB bleh buat duit. dalam diam gitu.
Misalnya kita ada RM11K buat sijil vs OD dapat RM10K OD
jika kita tak guna cash dari OD kita dapat interest ASB 8% setahun. kalu guna OD lepas tu tak bayar pulak setahun kena lah 5.5% (ikut BLR semasa) so kita dapat 2.5% jer dari pulangan ASB.
tapi cuba korang keluarkan RM10k tadi kemudian masukkan semula dalam ASB. pulangan ASB anda 8% bagi RM21K tau. dan anda hanya dikenakan 5.5% faedah dari RM10K
Jadi keuntungan anda Faedah 8% dari RM11K juga keuntungan 2.5% dari RM10K. ni lah nama duit buat duit.
tapi jangan silap yer. pasal bila ada cash dalam tangan ni susah nak uruskan. heheheh
cuma nyer bila anda tengok kadar interest overdraft melebihi dari pulangan ASB tahunan baik keluarkan dari ASB topup semula Overdraft.
tapi penyata kewangan anda juga tidak cantik lagi. pasal ada overdraft. so nak buat loan ker apa ker tak lepas tau.