>>>>SALE>>>>>

Sebuah Kisah

Hidup Ini Penuh Onak Dan Duri. Ada Masam Dan Ada Manis. Ada Gembira Ada Sedih. Ada Ketawa Ada Menangis. Ada Susah Ada Senang. Itulah Sebuah Kehidupan. Yang Penting Hidup Perlu Diteruskan
(^_^)

Masa Itu Emas
Emas Itu Berharga
Simpanlah Emas

10 Julai 2009

Sakit Kepala



SAKIT KEPALA


Kepala aku macam nak pecah lah pulak stress ker, Migrain kah.. mana ubat aku...

Jumpa juga..
Dua Biji lah aku telan...

Panadol... Atau paracetamol...


sebab aku dah sakit kepala ni.. aku pun cari lah sumber untuk sakit kepala...

so aku pun jumpa...

Jenis-jenis Sakit Kepala

1. Sakit Kepala Yang Tegang

Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.

1. Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran.

2. Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.

3. Bentuk migran lain yang lebih jarang

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah

Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Penigkatan Tekanan Pada Otak

Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak

Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala

Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus

Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga

Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit

Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik

Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Faktor-faktor Pencetus

v Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap


Pengendalian

Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
v Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi
anda).

v Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung
(runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).

v Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.

Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika
v sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
v Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan
perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.

v Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.

Tabiat Baru

v Belajar untuk beristirehat
v Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan
keluarga anda membantu anda.

v Senam selalu dan jadilah bertenaga.
v Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
v Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
v Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
v Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
v Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
v Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.

Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.

Read more...

Asal Usul Kota Marudu

ASAL USUL KOTA MARUDU



Marudu berasal dari bahasa salah satu suku kaum di Sabah. Kata "MARUDU" berasal dari bahasa orang-orang BALANINI iaitu dari kata "MAIRUDU" atau MAIULUDU"yang dalam bahasa Melayu membawa maksud " suatu kedudukan di situ-situ juga". Orang-orang Balanini yang mendiami perairan Teluk Marudu dan melakukan aktiviti menangkap ikan dan perdagangan laut di perairan Marudu sering kali belayar dari Limau-limauan Kudat menyusuri teluk Marudu hingga ke Kg telaga Pitas . Apabila mereka belayar balik ke seberang teluk di Limau-limauan mereka akan melalui jalan pintas atau menyeberangi Teluk Marudu dan bukan lagi menyusuri Teluk Marudu. Mereka yang berkomunikasi sesama orang laut apabila ditanya dari mana, mereka akan menjawab "Mairu du" atau "Mairu lu " atau dalam bahasa Melayu bererti "di situ juga" ( merujuk kepada kedudukan geografi Teluk Marudu yang membentuk satu lingkungan teluk yang besar). Lama-kelamaan istilah Mairudu bertukar ke marudu dan mailudu menjadi Maludu. Justeru itu, penulis-penulis Barat sering kali merujuk Marudu sebagai Marudu, Marudo atau Maludu.

Nama Marudu atau Marudu mula dipetakan oleh seorang ahli pelayaran Belanda pada tahun 1595 yang belayar dari Brunei melalui Marudu menuju ke Palawan dan seterusnya ke Pulau Sulu. Sewaktu di perairan Marudu beliau telah menemui orang-orang Balanini atau Banaran atau digelar juga oleh orang Sepanyol sebagai "Camucones" yang menjadi askar laut kerajaan Brunei dan Sulu ketika itu. Orang-orang Balanini juga menamakan beberapa tempat di kawasan Teluk Marudu menggunakan bahasa mereka, antaranya ialah " Matunggong" ( bererti di hujung pulau kecil dari kata Ma Tong Gong iaitu sebuah pulau kecil di muara sungai Matunggong di Teluk Marudu), Bak-Bak ( bererti tempat berjumpa dari kata "Bak ", iaitu sekarang Pantai Bak-Bak di Kudat ), Bulih Adjung ( bererti buritan kapal jong dari dua kata iaitu Buli dan Adjung, sebuah tempat berhampiran sungai Tandek, Kota Marudu ),Sampang mangayau ( bererti menemui orang untuk beradu kekuatan, dari kata Sampang dan kata Mangayau ), " Pitas " dari kata "Pi Tas" ( Pitas dalam bahasa Balanini bererti "suatu keadaan yang satu tapi akhirnya tercerai atau terpisah secara tidak sengaja" ), Malubang dari kata "Ma Lobong" yang bererti "di tempat yang ada kuburan", Tombarungus ( dari kata "Tong Ma Rungus" yang bererti "Tanjung hujung yang dipunyai oleh orang Rungus " )dan banyak lagi nama-nama tempat di perairan Teluk Marudu berasal dari perkataan Balanini.

Kota Marudu asalnya bernama Bandau. Nama ini telah digunakan sejak sebelum Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, sehinggalah tahun 1974. Menurut legenda daerah ini, Bandau adalah terbitan daripada perkataan 'Mondou' daripada diaiek suku Momogun Rungus [Kadazandusun] yang bermaksud "ketua semua binatang buas" yang rupanya seakan-akan musang. Mondou dipercayai pada suatu masa dahulu di jumpai oleh Aki Rungsud kawasan di sepanjang Sungai Bandau.

Manakala nama Kota Marudu yang digunakan untuk menggantikan Bandau adalah sempena peninggalan sebuah kota/kubu yang terletak di Teluk Bandau. Kota atau kubu Marudu merupakan sebuah kota yang diperbuat daripada batu-batu, tanah dan kayu-kayu keras seperti belian dan nibung yang dibuat oleh Shariff Osman dan pengikut-pengikutnya untuk mempertahankan Kota Marudu daripada pencerobohan penjajah Kompeni British. Di kawasan kota ini terdapat beratus-ratus (mungkin ribuan )kuburan-kuburan para pejuang yang berjuang menentang penjajah British dan juga Makam Syariff Osman dan anaknya Syariff Merum. Makam syarif Osman dulunya mempunyai dua batu nisan yang jarak antara keduanya mencapai 20 kaki dan dipercayai memanjang setiap hari. Makam ini dulunya dijaga dan diletakkan kelambu kuning tetapi pada masa ini ia telahpun tidak diurus dan terbiar.

Istilah Syariff Osman adalah lanun sebenarnya adalah istilah yang diberikan oleh Penjajah British untuk memburuk-burukkan nama syariff Osman. Menurut D.s Ranjit Singh, dalam Buku COMMERATIVE HISTORY OF SABAH 1881 - 1981, m.s 96, Syariff Osman diisytiharkan sebagai lanun dan pemberontak oleh Raja Muda Hashim ( Brunei ) dan sekutunya British dan James Brooke kerana Syariff Osman menjadi ancaman kepada pertuanan Brunei di Sabah dan James Brooke di Sarawak serta pihak British. Syariff Osman telah secara terbuka mengisytiharkan sokongannya terhadap Pengiran Yusoff yang berperang dengan Raja Muda Hashim/British dan mengistiharkan bahawa beliau menentang penjajahan British dan mengisytiharkan kerajaan sendiri. Tindakan ini mengugat kekuasaan pihak Brunei,James Brooke dan British. Syariff Osman sebenarnya adalah pemerintah di Kawasan Kota Marudu yang diperuntukkan oleh Sultan Sulu.Isteri Syariff Osman adalah seorang Puteri Sulu dan anak saudara Sultan Sulu.Syariff Osman adalah seorang berketurunan syariff berdarah campuran Suluk/Bajau/Brunei bersepupu dengan Syariff Masyhor di Sarawak yang terlibat menentang penjajah British sehingga dibuang negeri ke Singapura.

Menurut bahasa Momogun Rungus pula,Kota Marudu berasal dari kata bahasa Momogun Rungus iaitu "Sindaat Mogkorudu" di mana kawasan Bandau selama hampir 100 tahun dalam kiraan kalendar Momogun Rungus telah ditinggalkan setelah perang melibatkan Sindaat [sihir] yang dilancarkan oleh Aki Sook, seorang Bobolizan Rovusan. Menurut legenda Momogun Rungus, Bandau telah dibuka oleh Aki Rungsud sebagai satu pusat perdagangan sistem barter pada zaman lampau dan pada zaman Aki Sook telah berlaku perebutan kekuasaan antara Momogun Rungus Pilapazan dan Momogun Rungus Kirangavan yang mengakibatkan perang Sindaat [Sihir]. Setelah Sindaat Mogkorudu dilancarkan pusat perdagangan barter Momogun Purba itu telah ditinggalkan dan dikosongkan selama hampir 100 tahun iaitu selepas melalui kalendar Upacara Mamasi Pomogunan dan Upacara Managas.

Syariff Osman memerintah Marudu atas perkenan Sultan Sulu.Walau bagaimanapun, akhirnya ia mendirikan independent chiefdom yang berkecuali dan disebutkan " many people came to settle under his jurisdiction as he could provide protection and security ". R.S Singh " The Development of Native Administration in Sabah 1877-1946" dalam buku COMMERATIVE HISTORY OF SABAH 1881-1981, m.s. 96.Oleh itu, Syariff Osman sebenarnya adalah seorang Pemerintah Bebas, Pejuang, Pelindung Rakyat Marudu dan bukannya lanun.

Menurut S.St.John dalam bukunya 'Life in the Forests of the Far East', London, 1863, pp.394-6 disebutkan bahawa penduduk yang mendiami Shariff Osman,s Chiefdom ( Marudu atau Maludu)dianggarkan lebih kurang 50,000 orang ( tahun 1840 an ) dan pekerjaan utama penduduknya ialah penternakan dan nelayan.

Syariff Osman terlibat dalam perang menentang penjajah Inggeris sekitar tahun 1840 an. Sehingga pada hari ini Bandau yang dikenali dahulu mengambil nama Sindaat Mogkorudu [Marudu] yang dilancarkan oleh Aki Sook yang berperanan sebagai pelupus dosa-dosa Momogun dalam upacara Agama Labus iaitu agama leluhur Momogun Rungus. Mogkorudu bermakna "meratap atas kematian". Legenda ini terus hidup dalam suku Momogun Rungus.

Manakala dalam Peta Penjajah Sepanyol abad ke-13 Marudu ditulis sebagai Maludu dan dipercayai adalah antara dokumen sejarah tertua yang mencatatkan nama Marudu.


Sumber: http://www.sabah.gov.my/pd.km/asal_usul_kota_marudu.htm

Read more...

Kesempurnaan Yang Dicari

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

jika kamu memancing ikan……

setelah ikan itu terlekat di mata kail……

hendaklah kamu mengambil ikan itu……

janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu sahaja…….

kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya……

ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan menderita

selagi ia masih hidup……

begitulah juga……

setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang ……

setelah ia mulai menyayangi kamu……

hendaklah kamu menjaga hatinya……

janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu saja……

kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu……

dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya

selagi dia masih mengingati kamu……

jika kamu menadah air biarlah berpada……

jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……

cukuplah sekadar untuk keperluanmu sahaja……

kerana apabila ia mulai retak ….

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……

dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

begitulah juga……

jika kamu sedang memiliki seseorang….

terimalah dia seadanya……

janganlah kamu terlalu mengaguminya

dan mengganggapkan dia begitu istimewa……

anggaplah dia manusia biasa……

kerana apabila dia melakukan kesilapan ….

tidaklah sukar untuk kamu memaafkannya

dan membolehkan hubungan kamu akan terus hingga ke akhir hayat

dan bukannya menghukumnya danmeninggalkan dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya

lalu semuanya akan menjadi terhenti begitu sahaja……

jika kamu memiliki sepinggan nasi……

yang kamu pasti baik untuk diri kamu……

yang mengenyangkan dan berkhasiat ……

mengapa kamu berlengah lagi?

cuba mencari makanan yang lain……

kerana terlalu ingin mengejar kelazatan ……

kelak, nasi itu akan basi sendiri

dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……

kamu akan menyesal ……

begitulah juga……

jika kamu telah bertemu dengan seorang insan ……

yang kamu pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu……

menyayangimu ….

mengasihimu ….

dan mencintaimu ….

mengapa kamu berlengah lagi?

cuba membandingkannya dengan yang lain……

terlalu mengejar kesempurnaan ……

kelak, dia akan berjauh hati d

an kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain……

kamu juga yg akan menyesal dan tidak ada gunanya lagi……

oleh itu janganlah kita terlalu mengejar kesempurnaan

kerana ia bukanlah faktor utama kebahagiaan yang sempurna,

sedangkan jika kita boleh memaafkan kesilapan

orang yang kita sayang dan akur dengan kelemahannya

sebagai manusia biasa serta bersyukur dengan apa yang kita sudah miliki …kita akan bahagia, bahagia

dan terus bahagia …itu lebih bermakna !

“begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Sekadar renungan sahaja.. punca ilham.. adapun aku dapat ni dari klik aku hantar email pagi ni.. tapi aku pernah baca ni dulu2.... zaman aku study

Read more...

Pengikut

Bahagian ini hanya RM5 Sebulan
Flash Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by:
Mishary Rashed al-Efasy | Abdullah Basfar | Mohammed Siddiq Al Minshawy | Muhammad Aiyub | Sodais and Shuraim | Prophet's Mosque (4 Reciters) |
Read Quran
www.SearchTruth.com

wibiya widget