>>>>SALE>>>>>

Sebuah Kisah

Hidup Ini Penuh Onak Dan Duri. Ada Masam Dan Ada Manis. Ada Gembira Ada Sedih. Ada Ketawa Ada Menangis. Ada Susah Ada Senang. Itulah Sebuah Kehidupan. Yang Penting Hidup Perlu Diteruskan
(^_^)

Masa Itu Emas
Emas Itu Berharga
Simpanlah Emas

09 Julai 2009

Kerjaya Sebagai Akauntan

Kerjaya Sebagai Akauntan


Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwalperakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

Keterangan Tugas akauntan

Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;

Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;

Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Akauntan

Juruaudit

Akauntan, Kos

Akauntan, Cukai

Bendahari

Setiausaha Syarikat

Juru Perunding

Penolong Akauntan

Kerani Akaun


Ciri-Ciri Peribadi

Mereka yang merancang
kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.

Prospek Kerjaya seorang akauntan

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.



What Is Accountant?

An accountant is an individual who performs accounting tasks for individuals or companies. The exact material that an accountant handles varies depending on the size of the company and theaccountant's specialization, but generally includes financial records, taxes, and responsibility for the issuing of financial reports. An accountant is one of the primary figures in a business that he or she works for, whether it is a multinational corporation or a small family owned business. Requirements to become an accountant vary upon specialization and nation, but generally include certification through a professional agency and a basic college degree in accounting and finance.

In a small firm, an accountant may be responsible for keeping all financial records. These records include payroll information, accounts payable, accounts receivable, retail sales, and information regarding investments held by the company. These accounts are kept organized in ledgers which are used to asses the financial health of a company. Ledgers are always kept up to date, and may be consulted by managers and high ranking members of a company when they are making major business decisions.

In larger firms, accountants also perform internal audits, to ensure that the financial records of the company are accurate. Because of bias concerns, an internal audit cannot be handled by anaccountant who regularly handles the material concerned, and many companies hire outside accounting firms to perform audits. When this is the case, the company should not be contracted to handle any of the company's other financial material, as this may represent a conflict of interest.

In most cases, an accountant will choose to specialize in a particular field such as audits, book keeping, or taxes. In other instances, an accountant may acquire a wide range of skills to better serve his or her clients. This is common with certified public accountants who handle the books for several small businesses at once. In both instances, the accountant must have strong math skills, as well as an education in accounting.

Depending on the type of accounting being performed, certification by the state may be required. State certification is usually required for accountants who perform audits and other sensitive accounting tasks, while it is not as vitally necessary for accounting clerks who work under certified accountants. Commonly, an accountant is also a member of a professional organization of accountants, and takes advantage of meetings and seminars to keep up with advances in the field.

Pengikut

Bahagian ini hanya RM5 Sebulan
Flash Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by:
Mishary Rashed al-Efasy | Abdullah Basfar | Mohammed Siddiq Al Minshawy | Muhammad Aiyub | Sodais and Shuraim | Prophet's Mosque (4 Reciters) |
Read Quran
www.SearchTruth.com

wibiya widget