>>>>SALE>>>>>

Sebuah Kisah

Hidup Ini Penuh Onak Dan Duri. Ada Masam Dan Ada Manis. Ada Gembira Ada Sedih. Ada Ketawa Ada Menangis. Ada Susah Ada Senang. Itulah Sebuah Kehidupan. Yang Penting Hidup Perlu Diteruskan
(^_^)

Masa Itu Emas
Emas Itu Berharga
Simpanlah Emas

03 Julai 2009

Kerja.. kerja.. kerja....

KERJA KU

Jumaat - aku pulang dengan fikiran tak tenang.. nak cuti pun tak tau tenang ker tak..

Yang ni aku dah setelkan.. tu pun baru jer setle...

Yang ni pula baru jer sampai... belum tengok

Yang ni dah ada kat atas meja... pun lum tengok

Jumaat.. sepatutnya dah memikir cuti dah.. sekali kerja punya banyak.. ni pun dah lewat.. kul 7 lebih dah.. balik jer lah kejap lagi.. minggu depan lah bertarung.. sabtu atau ahad kalu rajin datang lah kurang kan kerja.. tapi rasanya nak rehat lah..

yang pasti isnin yang datang kerja dah banyak.. hope tak ada lagi lah dalam sehari dua.

semakin hari semakin banyak kerja aku. tapi nak buat macam mana dah tugas aku.. kena lah siapkan juga...

senyum dalam geram, sakit ati,,, segalanyalah...

Read more...

Job vacancies

just klik kat cini atau link "jawatan kosong" kalu aku jumpa lah job baru aku letak kat cini.. untuk rakan- semua. perkongsian antara kita semua ...

Read more...

Kerinduan Kampung Halaman

Aku rindu nak balik.. las aku balik raya tahun lepas.. lama dah tu ..

ops.. nanti aku sambung citer

Read more...

Kontrak Sambung

kontrak sambung lagi untuk 2 tahun. interview ari tu kawan yang dapat. so bermakna aku tak dapat. ingat leh lah aku balik sabah kerja sana. aku pun tak tau apa masalahnya. kenapa aku tak dapat. aku tak layak ker? kenapa? cuma time interview tu. panel dah kata. gaji aku minta so high.

gaji dia leh bagi dia kata about RM2K only. so what i cant to do. kawan tu pulak nego rendah lah pulak.

Read more...

02 Julai 2009

Bagaimanakah lelaki sejati?

Bagaimanakah lelaki sejati?


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

“Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.”

Renung-renungkan, tenung-tenungkan dan menung-menungkanlah….

Read more...

Hujan

Awal pagi aku bangun nampak gelap jer. jam dah pukul 7. ni mesti nak hujan. bila aku kuar umah kul 7.25 untuk pi kerja.. hujan dah mula turun... renyai2 ja... baru nak start moto.. hujan lebat lah pulak.. fikir macam na nak g kerja.. las aku naik semula kat atas umah. ambik selipar. stokin masuk kat beg. pakai baju hujan..

gerak ker opis dengan perlahan. rasanya dalam 60kmj jer. tapi tak per untuk keselamatan. tapi yang tak bestnya.. bila hujan ni.. yang naya naik motor. mana masah dengan hujan. kalu pakai baju hujan tak lah basah. rasa sejuk ja.

tapi ada pulak kereta ni.. main laju jer.. sluppp lalu tepi aku. hujan dari atas tak rasa tapi air dari bawah terasa juga.. nak menyumpah pun ada.

cuba lah bertimbang rasa. nak cepat lah tu ... lewat g kerja. tak pa.. hari dia.. lain kali ada juga hari dia kena..

apa pun dah sampai opis dengan selamat. yang pasti aku rasa sejuk.. baju basah skit. macam tak cukup kering gitu.. rasa air cond lagi.. best..

Adios.. (^_^)

Read more...

30 Jun 2009

Pepagi...

Today i am wake up so early. because i must go to Cash Mesin to bank in money to my sisters. She was practical and need money. becouse why. i am forgot to bank in last week. hhehehee.. and that why i arrive at offive on 7.30am.

what i do just open my blog. update my page. with new page.

i thing some missing. but i try to do better on my blog future.

Read more...

28 Jun 2009

Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu
Pemandangan dari Kundasang

Niat dihati ingin mendakimu
namun apa kan daya
hajat tak kesampaian lagi.
aku orang sabah, belum dapat naik
tapi yang pasti aku akan daki juga

tapi aku pernah sampai kat kaki dia gunung jer.. area kundasang..
sejuk bukan main.. tidur pun pakai stokin. mandi jangan cakap lah
tapi yang best ... siang pun sejuk.. genting tak leh lawan.. tanah tinggi pun
belum tentu.

so visit sabah and see the amazing mount kinabalu.


Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia yang ketinggiannya mencecah 4,095meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung keenam tertinggi di Asia Tenggara. di belakang Hkakabo Razidi Myanmar (5881 m), Puncak Jaya(4884 meter),Puncak Trikora(4730 meter),Puncak Mandala(4700meter)dan Puncak Yamin(4595 meter) di Indonesia.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.


Read more...

Pengikut

Bahagian ini hanya RM5 Sebulan
Flash Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by:
Mishary Rashed al-Efasy | Abdullah Basfar | Mohammed Siddiq Al Minshawy | Muhammad Aiyub | Sodais and Shuraim | Prophet's Mosque (4 Reciters) |
Read Quran
www.SearchTruth.com

wibiya widget