>>>>SALE>>>>>

Sebuah Kisah

Hidup Ini Penuh Onak Dan Duri. Ada Masam Dan Ada Manis. Ada Gembira Ada Sedih. Ada Ketawa Ada Menangis. Ada Susah Ada Senang. Itulah Sebuah Kehidupan. Yang Penting Hidup Perlu Diteruskan
(^_^)

Masa Itu Emas
Emas Itu Berharga
Simpanlah Emas

28 Jun 2009

Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu
Pemandangan dari Kundasang

Niat dihati ingin mendakimu
namun apa kan daya
hajat tak kesampaian lagi.
aku orang sabah, belum dapat naik
tapi yang pasti aku akan daki juga

tapi aku pernah sampai kat kaki dia gunung jer.. area kundasang..
sejuk bukan main.. tidur pun pakai stokin. mandi jangan cakap lah
tapi yang best ... siang pun sejuk.. genting tak leh lawan.. tanah tinggi pun
belum tentu.

so visit sabah and see the amazing mount kinabalu.


Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia yang ketinggiannya mencecah 4,095meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung keenam tertinggi di Asia Tenggara. di belakang Hkakabo Razidi Myanmar (5881 m), Puncak Jaya(4884 meter),Puncak Trikora(4730 meter),Puncak Mandala(4700meter)dan Puncak Yamin(4595 meter) di Indonesia.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.


Pengikut

Bahagian ini hanya RM5 Sebulan
Flash Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by:
Mishary Rashed al-Efasy | Abdullah Basfar | Mohammed Siddiq Al Minshawy | Muhammad Aiyub | Sodais and Shuraim | Prophet's Mosque (4 Reciters) |
Read Quran
www.SearchTruth.com

wibiya widget