>>>>SALE>>>>>

Sebuah Kisah

Hidup Ini Penuh Onak Dan Duri. Ada Masam Dan Ada Manis. Ada Gembira Ada Sedih. Ada Ketawa Ada Menangis. Ada Susah Ada Senang. Itulah Sebuah Kehidupan. Yang Penting Hidup Perlu Diteruskan
(^_^)

Masa Itu Emas
Emas Itu Berharga
Simpanlah Emas

22 Oktober 2011

My Sweet Baby Girl



Read more...

Family Day

Read more...

20 Oktober 2011

Majalah 3 - Episode 40

Kebetulan ari tu aku menonton majalah 3. berkisar kepada Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011.

aku tengok2 ternampak lah pulak nama sekolah rendah tempat aku belajar. SK Bengkong, Kota Marudu. so apa lagi aku pun menonton lah majalah 3 tu. biar pun aku ni jarang2 menonton. 
terdapat 2 video dari sekolah tersebut iaitu:-

1. SK Bengkongan, Sabah (Apa Yang Kecil dan Apa Yang Besar)
2. SK Bengkongan, Sabah (Sains Kreatif, Tenaga Elektrik)

 pengambaran pun ada lah. semua sekitar sekolah, pekan kota marudu dan rumah pelajar bertanding. Apa yang menariknya rumah kawan aku pun masuk TV pasal anaknya salah seorang pelakon pertandingan. 

aku rasa bangga dengan mereka. for info pelakon lelaki tersebut cousin aku. pasal kawan aku tu pakcik aku.


Budak lelaki ni ler.. nama dia Hakim.
Guru besar sekolah tu




gugu besar ni aku rasa dah lama dah. amu masuk sekolah pun 1988. 
sampai sekarang ni. Still guru besar. 

Buat Cikgu yang pernah mengajar aku Terima kasih semua. 
Cikgu Jamrin, Cikgu Mosli, Cikgu Rosley, Cikgu Lasah, Dan ramai lagi. walaupun nama mereka aku tak ingat tapi aku amat berterima kasih kepada mereka semua. 











Read more...

19 Oktober 2011

My Sweet Heart

Read more...

18 Oktober 2011

Cinta Elysa

Bagi peminat slot Lestary, drama bersiri romantis ‘Cinta Elysa’ akan disiarkan mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa jam 9.00malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Suhan Movies Trading ini diarahkan oleh sutradara Along Kamarudin dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila.

Mengisahkan Aril (Johan As’ari)  seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.

Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.

Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Ehsan TV3

Cerita ni ada 13 episod.. makna lama lagi lah nak kena ikut. aku pun ikut cerita ni. pelakon si botak ni. yang aku nak tengok. samseng yang pandai. ish..ish..ish.. apa kesudahannya sama2 kita tunggu

Read more...

Pengikut

Bahagian ini hanya RM5 Sebulan
Flash Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by:
Mishary Rashed al-Efasy | Abdullah Basfar | Mohammed Siddiq Al Minshawy | Muhammad Aiyub | Sodais and Shuraim | Prophet's Mosque (4 Reciters) |
Read Quran
www.SearchTruth.com

wibiya widget