>>>>SALE>>>>>

Sebuah Kisah

Hidup Ini Penuh Onak Dan Duri. Ada Masam Dan Ada Manis. Ada Gembira Ada Sedih. Ada Ketawa Ada Menangis. Ada Susah Ada Senang. Itulah Sebuah Kehidupan. Yang Penting Hidup Perlu Diteruskan
(^_^)

Masa Itu Emas
Emas Itu Berharga
Simpanlah Emas

07 Ogos 2010

Result....

Sapa sangka result yang aku fikirkan betul2 pulak. apa lagi kalu bukan result exam and temuduga tu. keputusan dalam jangkaan. iaitu GAGAL. hehehe.. biasalah kalu kita test market ni. tapi macam mana kalu dapat? fikir panjang sepanjangnya. perkara yang kena fikir ialah income yang turun.. ahahhaha.. tapi memang lah kan.. kita ni kerja mencari income yang lebih.. betul tak semua. hehehe.. tapi tak per lah pasal gagal. tak lah panjang sangat fikiran aku. kalu tak silap2 tak tidur malam untuk fikirkan.

memang rejeki aku kat tempat sekarang.. hehehe

Read more...

04 Ogos 2010

Trip To Penang

Penang

Bukan jalan2 tapi urusan company. so bleh lah tengok2 tempat orang.

Read more...

02 Ogos 2010

Selesai sudah "exam"

Exam...

aku sampai kul 8.27.. kira awal dah lah.. mencari tempat tu pulak.. pusing sana sini.. tanya orang akhirnya aku jumpa juga tempat tu.. well tempat tu tak macam ofis lah... lab yang banyak..

mula2 register suh ambik exam... tengok lah soalan. ada 10 soalan melayu.. subjektif.. tapi tak ada lah kira mengira.. 12 soalan pulak orang putih objektif. soalan pasal kerja jer. 

antara soalan melayu...
1. maksud belanjawan dan tujuan belanjawan
2. kawalan dalam "purchase order" 
3. nyatakan apa dan tujuan penyata kewangan
4. perbezaan imbangan duga dengan penyata aliran tunai
5. kawalan dalaman untuk pengurusan kewangan.
6. senarai jawatan dan jawatan kuasa dalam pengurusan kewangan
7. kawalan dalam pengurusan aset
yang lain aku lupa.. ehehehhe

soalan senang jer tapi kalu macam aku ni otak dah karat tak leh jawap dah.. 

soalan orang putih tu simple lebih kurang macam ni....
kalu pi party apa yang anda buat - jawapan 
A. pergi jumpa tiap sorang ajak borak
B. bertenang wait orang sapa kita
C. Pilih orang kita nak berbual
D. diam sahaja

dan sebagainya... aku dah tak ingat...


Read more...

01 Ogos 2010

Study?

Cerita Belajar pulak...

aku kena belajar pasal kewangan plak.. benda dah berkurun dalam kepala.. lupa lah... hehehe.. lupa fomula gitu..

antaranya adalah formula kewangan

Apa makna ROE?Jumlah pendapatan bersih sebagai peratusan daripada ekuiti pemegang saham. Kadar pulangan ekuiti keuntungan korporat dengan mendedahkan berapa banyak keuntungan syarikat untuk pemegang saham menghasilkan wang yang dilaburkan.
ROE dinyatakan sebagai peratusan dan dikira sebagai:
Kadar pulangan Ekuiti = Laba Bersih / Ekuiti
Laba bersih untuk tahun fiskal penuh (sebelum dividen yang dibayar kepada pemegang saham biasa tapi setelah dividen untuk saham preferen.)

dan lain2 lagi.. fuh.. tujuan nya bukan tuk apa.. pasal sok kena ambik exam lah pulak..

Read more...

Temuduga Kerajaan

16 July 2010, on Friday i am going to one interview for government servant. the tentative on 8.30 am. jeng..jeng..jeng.. before i go for that day, i am study for many thing. but i dont know what there want to ask me. what ever lah.. belasah jer.. dapat bagus.. kalu tak dapat belum rejeki.. hehehe.. 
pagi tu aku rasa semacam jer.. tak selesa tul.. that why lah aku trim janggut dan misai.. jadi muda semula.. penemuduga terdiri dari 2 orang. sorang dari JPA dan sorang dari Kastam.. coz aku interview kastam gred 41.


Rasanya ramai yang interview.. time aku tu ada 7 orang jer lah. tapi menurut orang JPA tu terdapat lebih 900 orang yang dipanggil. untuk kekosongan lebih 100 jer. tapi nak try kan.. so wat jer lah apa yang patut. 

style temuduga ni lain skit. pasal dia panggil ketujuh2 semua. bagi penerangan skit pasal interview. paling cepat 15 minit. paling lama 25 minit bergantung pada apa yang di temuduga. aku pula orang yang ke enam. so relex lah dulu. sementara menunggu. sorang2 keluar ada yang 15 minit ada yang 20 minit. paling lama budak kastam tu jer. dalam 30 minit. 

time aku tu... rasa nak buang air plak.. tapi pasal orang yang no 5 tu dah 15 minit berlalu.. so aku tunda lah.. wait jer.. tak lama no aku kena panggil.. macam biasa lah pergi dengan cool gitu. pasal tak lah harap sangat jawatan ni. bergantung pada rejeki lah kalu ada adalah.. kalu tak ada bukan rejeki aku...

ketuk pintu kemudian masuk. bagi salam seperti biasa. dia minta sijil2 dan kemudian suruh duduk.. aku pun duduk lah.. hadap 2 orang tersebut. aku belum mula penemuduga dah mulakan. sebut nama aku asal. alamak potong betul lah diorang ni aku tak di suh terangkan plak..dia terangkan untuk aku. my heart said.. confirm lah ni kena reject. hehehehe

cerita punya cerita penemuduga pertama tu kata tau pasal tempat kerja aku tu. dia puji lah pulak tempat kerja aku tu.. aku just senyum dan mengiyakan. pasal dia ni antara orang terawal sebagai director untuk penubuhan syarikat ni. sapa pulak nama dia ni aku lupa lah pulak...

aku rasa cepat jer aku dalam bilik tu.. tak sampai rasanya 20 minit. banyak benda di soalnya. pasal aku dah kawin. pasal kenapa pilih job ni. pasal gaji aku dah tinggi. pasal keja aku. banyak lagi lah aku rasa tak berkaitan pun ada. just borak2 jer. aku tau lah tak nak ambik aku kan.. so borak macam biasa jer lah...

lepas jer abis perkara biasa dilakukan bagi salam kemudian salam aku pun minta izin keluar.. hehehehe bodek skit lah katakan.

samapi kat luar member sorang tu tak dipanggil g. di kata fuh lama nya aku dalam tu. aik..mana satu betul ni aku lama ker atau aku tak lama.. aku tak pasti.. lantak lah.. aku pun salam dia say good luck.. aku pun blah balik. 

balik mana g umah ler.. kau kan cuti .. heheheh...


Read more...

Pengikut

Bahagian ini hanya RM5 Sebulan
Flash Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by:
Mishary Rashed al-Efasy | Abdullah Basfar | Mohammed Siddiq Al Minshawy | Muhammad Aiyub | Sodais and Shuraim | Prophet's Mosque (4 Reciters) |
Read Quran
www.SearchTruth.com

wibiya widget