Ride to Cyberjaya
Hari ni ada pertandingan badminton antara rumah sukan opis saya. al maklumlah saya tak teror main. so tak ada lah dalam list. tapi aku pun nak bersenam sikit.
so pagi tadi aku pun naik basikal menuju Prima Avenue, Cberjaya. bertolak pukul 7.20 pagi. aku sampai pukul 8.30 pagi. so sejam sepuluh minit lah aku menunggang basikal. melalui bandar bukit puchung ke pulau meranti. kemudian masuk cyberjaya. keadaan pun berbukit-bukit sikit lah.
penat tu jangan cerita lah. botol 500ml aku habis sebelum sampai simpang cyberjaya.
kemudianlepas tengok budak opis lain main badminton aku pun bergerak balik semula. pukul 11 aku bertolak. panas terik juga. sampai umah dah pukul 12.10. penat betul 2 tin 100plus abis.. heheheh
sampai umah macam mandi dah dengan peluh. rasa sekilo berat aku turun hari ni.
ok lah setakat ni saja dulu.
Kotor gak basikal aku ni.. ehhehehe.. kenapa lah time aku berbasikal tu tak terfikir snap pictu kat sana cini.. time ni aku rest bawah jalan SKVE. ni dah pukul 11.50.