Sebelum Menjadi Akauntan
Cerita sebelum mendapat akauntan bertauliah
aku berasal dari keluarga yang susah. kais pagi makan tengahhari, kais petang makan malam. namun emak dan ayah berkerja bersunguh2 mencari rejeki. dari laut hingga ke darat, dari sungai juga di hutan. segala kerja yang mendatangkan hasil. mereka tak pernah memikirkan susah tersebut. yang penting anak2 mereka dapat keselesaan, dapat bersekolah seperti budak2 yang lain.
tu intro kehidupan keluarga aku. aku disini bukan nak menagih simpati. sekadar berkongsi. permulaan nya selepas aku habis PMR, nak masuk kelas Sains cikgu tak benarkan. hanya kerana sains dan matematik aku dapat B. untuk masuk kelas Sains kena salah satu A dan B.
Selepas itu aku nama keluar. aku di kelas sastera (4 Sastera A) ada subjek Prinsip Akaun. aku ni pulak suka skit kira mengira. so ambik jer lah. tengok subjek ni senang ja. lagi pun time tingkatan 1-3 ada juga kelas kemahiran hidup berkenaan kira2. macam sama ja.
sampai lah SPM aku ambik princip akaun. alhamdulillah dapat lah skor tinggi. lepas tu masuk tingkatan 6. kemudian sambung masuk universiti. nak pendekkan cerita pasal minat akaun (konon2) ambik lah kos kat universiti akaun.
lepas tu cari kerja pulak punya lah payah lepas grade tu. hujung tahun 2005 hingga awal 2006. penghujung 2006 baru lah aku kerja. tu pun puas udah merantau.
pendekkan cerita lagi tahun ni aku baru lah dapat status akauntan bertauliah. tapi. bila dah dapat tu nak wat apa pulak. tak kan sampai disini ja. huh. makin tinggi kita kejar makin tak tercapai rupanya...