Teringat Zaman Sekolah
SMK KOTA MARUDU, SABAH
Sekolah dalam kenangan. salah satu tempat belajar aku yang paling lama. dari tinggkatan satu. sampai tingkatan 6 Atas. 7 tahun berada situ.
Dari tingkatan satu sampai tingkatan 3 bersama rakan-rakan seperti Datu Khairudin, Datu Zulkifli, Azli Zakaria, dan ramai lagi. perbagai perkara yang berlaku. perbagai kes yang terjadi. selepas itu berpisah lagi. kelas berubah ketika masuk tingkatan 4. that mean ada lagi kawan baru. kerana kelas baru. kawan lama ada juga yang sekelas. mana yang berpindah tu jauh lah.
Semasa tingkatan 4 dan 5. antara geng keraas aku Karyanto, Junaidi, dan lain-lain. 2 tahun sebelum SPM. peperiksaan besar gitu. banyak juga kerenah. banyak juga dugaan. banyak juga masalah. tau jer lah kan. remaja gitu.
lepas tu masuk pula tingkatan 6. ops sebelum tu lama juga tak belajar. pasal masuk pun panggilan kedua tuk ke tingkatan 6. jumpa pulak kawan baru dan kawan lama. Antara kawan yang masih bersama Karyanto, jumpa semula dengan Zakaria, kawan baru Azmi, Kamil, dan lain-lain.so biasa lah pasal geng pun ramai. makin jajal lah orang sabah kata.
Sehingga sekarang kami masih berhubung biar pun bukan selalu. tapi melalui FB lagi selalu.
sepanjang 7 tahun ni ada lah sebuah kisah pahit manis, suka duka yang dilalui. cikgu bertukar ganti. sekarang tinggal kenangan.