Lagi pasal belanjawan 2013
Sekadar pandangan peribadi.
Tek Ucapan Belanjawan 2013 yang ke 120. Telepon pintar dapat rebet RM200 untuk belia. Terbaik sangat. ramai lah beli telepon pintar. tapi tau tak telepon pintar ni kena guna internet. kena belanja banyak. kerajaan nak belia berbelanja. selain itu harga telepon pintar pun dah mahal. bagi untung syarikat telekomunikasi agar dapat jual banyak telepon pintar. kenapa tidak guna duit tu belanja dengan luaskan penggunaan internet percuma. wifi percuma. aku rasa ini lagi penting untuk golongan belia. telepon yang tak berapa pintar yang penting ada wifi boleh guna internet. terutama di kawasan luar bandar.
mungkin kerajaan ada pendapat sendiri. tapi pelaburan di buat mesti ada pulangan. kalau dari segi ekonomi apa kerajaan buat ni untuk menaikkan penggunaan internet dengan peggunaan telepon pintar. maka keuntungan syarikat telekomunikasi akan masuk kekerajaan. telepon pintar pun dapat tax kerajaan maka pulangan yang diperolehi kerajaan pula akan berpanjangan. good idea.
fikir-fikirkan lah.