Berita Tergempar
Tadi aku telepon kampung. borak2 dengan mak. borak punya borak tanya lah makan apa malam ni. sebut lauk sayur jer. tanya ler kenapa. tau jawapan mak. tak makan makanan laut. pasal ada masalah laut merah. maksudnya tumbuhan merah di laut yang beracun. maknanya makanan laut tercemar. yang boleh menyebabkan keracunan. Tapi memang pernah berlaku dahulu ketika aku ada disana. dimana larangan memakan ikan.
Tapi masalah ini aku tak dapat pastikan pasal ni cerita dari mak aku. namun mak aku kata keluarga pakcik ayah aku (datuk) aku serumah masuk hospital pasal keracunan makan laut. dan mak aku cerita lagi ada cerita2 menyatakan ada sorang mati selepas makan siput.
aku tengah mencari ada tak berita ini untuk kepastian. yang pasti keluarga aku di kampung sekarang hanya berlaukkan sayur sahaja. ini bertujuan untuk berjaga-jaga.