CINTA
sentiasa memberi, cinta membawa
penderitaan, tetapi tidak pernah
berdendam, tak pernah membalas dendam.
Di mana ada cinta di situ ada
kehidupan; manakala kebencian membawa
kepada kemusnahan.~
Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk
berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat. Tetapi mengapa
Tuhan hanya menganugerahkan sekeping
hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada
seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di
sebuah sungai. Satu titis air mata tu
menyapa air mata yang satu lagi," Saya
air mata seorang gadis yang mencintai
seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu," Saya
air mata seorang lelaki yang menyesal
membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja."
Cinta sejati adalah ketika dia
mencintai orang lain, dan kamu masih
mampu tersenyum, sambil berkata: aku
turut bahagia untukmu. Jika kita
mencintai seseorang, kita akan
sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita. Jangan
sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kamu masih mahu mencuba. Jangan
sesekali menyerah jika kamu masih
merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya
lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
sedangkan rasa suka dimulai dari
telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti
menyukai seseorang, cukup dengan
menutup telinga. Tapi apabila kamu
cuba menutup matamu dari orang yang
kamu cintai, cinta itu berubah menjadi
titisan air mata dan terus tinggal
dihatimu dalam jarak waktu yang cukup
lama. Cinta datang kepada orang yang
masih mempunyai harapan walaupun
mereka telah dikecewakan. Kepada
mereka yang masih percaya, walaupun
mereka telah dikhianati. Kepada mereka
yang masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan
kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada
orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia, lantaran akhirnya
kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta
itu pada pusaranya . Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.
Pasti Tuhan menginginkan kita bertemu
dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus mengerti bagaimana
kasih atas kurniaan itu. Jangan
melarikan diri dari 'cinta' apabila ia
berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana
suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali
perbuatan kamu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita menghinakan diri, tetapi
menghembuskan kegagahan. Cinta bukan
melemahkan semangat, tetapi
membangkitkan semangat
Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi
manis, debu beralih emas, keruh
menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak
pernah memiliki keberanian untuk
menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau
memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu
mencium harum mawar tersebut tetapi
kadangkala kamu terasa bisa duri mawar
itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup
adalah ketika kamu bertemu seseorang
yang sangat bererti bagimu. Hanya
untuk menemukan bahawa pada akhirnya
menjadi tidak bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa
kamu sangat merindukan seseorang,
ketika kamu memikirkannya hatimu
hancur berkeping.Dan hanya dengan
mendengar kata "Hai" darinya, dapat
menyatukan kembali kepingan hati
tersebut.
Kaum lelaki sering mempersoalkan
kelemahan wanita kerana sering
mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-
gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah
bahawa suatu hari nanti mereka juga
akan mengalirkan airmata syahdu kerana
satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.
Alangkah misterinya cinta seorang
wanita yang dianggap lemah sehingga
boleh mengalirkan airmata seorang
wira! Aneh, tetapi itulah
hakikatnya.Tuhan ciptakan 100 bahagian
kasih sayang. 99 disimpan disisinya
dan hanya 1 bahagian diturunkan ke
dunia. Dengan kasih sayang yang satu
bahagian itulah, makhluk saling
berkasih sayang sehingga kuda
mengangkat kakinya kerana takut
anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang
yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya. Pada
saat itu, tiada guna sesalan kerana
perginya tanpa berpatah lagi. Jangan
kerana cinta, kita gugur dari
perjuangan, dan jangan kerana cinta
juga, prinsip kita menjadi larut dan
cair. Cinta tidak semestinya akan
berakhir dengan perkahwinan dan
perkahwinan juga tidak semestinya akan
menoktahkan titik akhir kepada
percintaan.
Kesetiaan akan mengikat cinta,
kecurangan akan meranapkan segala
kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan
akan menjadi indah jika cinta terus
bersama. Cinta sejati ialah kasih
Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni
ialah kasih ibu bapa kepada anaknya.
Kasih saudara masa berada. Kasih
sahabat masa binasa. Kasih suami
isteri sepenanggungan. Kasih orang
menaruh harapan.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta
juga dapat membuat orang sihat menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus,
orang normal menjadi gila, orang kaya
menjadi miskin, raja menjadi budak,
jika cintanya itu disambut oleh para
pecinta palsu. Terdapat banyak
bebintang di langit tetapi hanya satu
sahaja yang begitu menyerlah sehingga
dapat menarik perhatianmu. Dari
kalangan yang kamu pilih untuk abaikan
ialah sebutir bintang yang sanggup
menyinari anda walau dimana sahaja
kamu berada.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu
tidak sebenar-benarnya mengambil
kisah. Tak usah bercakap tentang
perasaan, jika ia tidak berada di
hatimu. Tak usah menunjuk ke dada,
jika kamu berhasrat melukakan hati
pasanganmu.
Minat bukan bermaksud cinta, bangga
bukan bererti cinta, kagum juga bukan
bermaksud cinta, dan suka juga tidak
serasi dengan cinta, malah sayang pun
bukan cinta. Tetapi,cinta itu adalah
cinta.