>>>>SALE>>>>>

Sebuah Kisah

Hidup Ini Penuh Onak Dan Duri. Ada Masam Dan Ada Manis. Ada Gembira Ada Sedih. Ada Ketawa Ada Menangis. Ada Susah Ada Senang. Itulah Sebuah Kehidupan. Yang Penting Hidup Perlu Diteruskan
(^_^)

Masa Itu Emas
Emas Itu Berharga
Simpanlah Emas

09 Januari 2012

MIA CPE Hour

120 jam untuk 3 tahun berturut. berapa banyak belanja yang aku perlu keluarkan untuk maintain ni. perbelanjaan aku bertambah untuk tahun 2012

Read more...

23 Disember 2011

Selamat Hari Lahir

Hari ni hari lahir anak kesayangan aku. genap lah umurnya setahun.

Read more...

14 Disember 2011

2011

Tahun 2011 semakin hampir ke penghujung. apa kisah kita untuk tahun ni. sebanyak mana yang dapat kita capai. cerita pasal pencapaian ni. aku pun ada juga pencapaian untuk tahun ni. 

Salah satunya aku dah register as CA(M). yang lain maintain jer lah. kerja still tempat sama. tempat duduk jer berpindah randah. selain tu tak ada yang menarik lah. biasa2 ja. perjalanan hidup perlu diteruskan. 

Tahun ni aku dapat balik raya di kampung halaman. tahun depan plan tak tau lagi. ada rejeki lebih boleh lah balik. biasa lah kalu nak naik kapal terbang tu belanja mahal tuk balik kampung.

aku pun sebenarnya tak tau nak cerita apa ni. hope tahun depan banyak perubahan yer.

Read more...

12 Disember 2011

Musim Hujan

Hujung tahun musim tengkujuh, juga musim hujan. sana sini kita dengar banjir. tak kira di bandar atau di kampung. tanah rendah pasti banjir. 

buat semua penduduk simpan barang berhaga di tempat tinggi. barang sijil tu letak setempat mana lah tahu kan banjir besar tengelam rumah. 


Read more...

28 November 2011

Sungai Congkak

Minggu lepas aku pergi semula ke sungai congkak. mandi manda lagi. sambil BBQ pulak. Kepak Ayam, Udang dan Sotong. Sebelum ni aku pergi sekeluarga. Ahad lepas kemi pergi 3 keluarga. Keluarga mentua ku, Keluarga aku dan keluarga adik iparku. 

Sonok lah membakar BBQ. yang tak best nya time sampai tu baru jer hidupkan api hujan pulak turun. nasib baik parking dekat ambik payung. tau paungkan apa? payung kan tempat membakar tu ler.. ahahaha...

yang lain penuhkan kemah yang aku bawa. muat untuk 4 orang ler. tapi yang masuk tu lebih kot. hehehe.. tempat tu penuh dah juga. so wakaf yang ada dah penuh orang yang datang lagi awak.

bila berhenti hujan sambung lah membakar. bara dah ok terus lah panggang kepak ayam. perut pun time tu nak makan jer. bila siap panggangan pertama hujan turun semula. payungkan pulak ayam tu. cuaca memang tak berapa elok lah time ni kan..

Sambil tu udang pun aku letak. udang besar2 pulak ku beli tu. sekilo jer. mahal pun bleh tahan. bila hujan berhenti kami pun makan. aku terus juga membakar sotong. sambil makan ler. 

bila dah kenyang sambung mandi. anak aku baru 11 bulan tu punya main seronok main air. ni kali kedua dia main air. 

bila selesai kami pun pulang.

Read more...

Pengikut

Bahagian ini hanya RM5 Sebulan
Flash Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy
Quran Recitation by:
Mishary Rashed al-Efasy | Abdullah Basfar | Mohammed Siddiq Al Minshawy | Muhammad Aiyub | Sodais and Shuraim | Prophet's Mosque (4 Reciters) |
Read Quran
www.SearchTruth.com

wibiya widget