29 Februari 2012
27 Februari 2012
Putrajaya Inter-Parks Ride
Ahad, 26.02.2012
Berbasikal sejauh 34km. aku berjaya juga akhirnya habiskan dari mula samapi akhir. dari on road sampai ker off road. aku layan. biarpun otot betis aku cramp tapi selepas minta penyembur untuk kelegaan otot dari sorang brother tu. lega lah skit. dan lepas lah aku samapi ke penamat.
paling teruk mendaki di taman saujana hijau. boleh tahan tinggi. gear abis aku guna. pagi ni isnin badan rasa segar. biar pun ada sedikit2 sakit. al maklumlah biasa bawa basikal landai jer. jarak pun paling jauh 15km.
19 Februari 2012
Putrajaya Inter-Parks Ride
Yang ni aku plan nak join dengan beberapa orang kawan. tak pasti lah boleh atau tak. hope boleh lah. jarak 34Km kayuhan siang.
Kayuhan Mega Hot FM
| Tarikh | Lokasi | Masa | Laluan Mula dan Akhir | Jarak |
| Sabtu, 18 Feb 2012 | Dataran Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya | 8.00 pm - 10.00 pm (pendaftaran jam 6.30 pm) | Hadapan Dataran Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3. Muat turun peta lokasi di sini. | Anggaran sejauh 14 KM |
pukul 5.30 petang aku sediakan peralatan berbasikal. coz tak ada rack untuk basikal aku muatkan basikal dalam keta saga aku. rim depan kat bonet.
Pukul 6 petang aku begerak ke putrajaya. samapi dalam pukul 6.20. orang dah ramai berkumpul. berbaris untuk mendaftar. aku pun join sekali. Harapan nak dapat baju hotFM. namun tak sempat. coz hanya ada 200 pendaftaran pertama sahaja.
Lepas daftar kul 7.20 aku pegi masjid besi. bersolat jemaah magrib. salam pukul 8 basikal dah siap untuk ditunggang.
Menarik ketika kayuhan. Peserta seramai 1300 orang. yang lain macam biasa. yang jatuh pun ada. yang jauh tinggal kat belakang pun ada.
Suasana gelap menyeramkan. takut jatuh lubang. biasa lah aku guna lampu belakang jer. depan tak ada lagi. Read more...
Langgan:
Catatan (Atom)
Pengikut
Bahagian ini hanya RM5 Sebulan
Flash Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy





