08 November 2011
07 November 2011
Ramai Lah pulak tanya pasal ASB vs Overdraf
Semalam kengkawan opis aku minta pendapat berkenaan ASB vs Overdraft. pasal ramai kata menguntungkan. juga ada kata apa yang menguntungkan.
rasanya aku dah cerita benda ni sebelum ni lagi. selepas aku mengkaji sedikit demi sedikit ada baik buruknya jika membuat Overdraft dari Sijil ASB.
Kebaikan paling utama kita dapat cash. best bila dapat cash. tapi akan jadi keburukan jika kita gunakan overdraft ni bukan tujuan perniagaaan. kerana kita akan tanggung hutang. Pulangan dari ASB kita pulak just cover semula interest overdraft.
tapi kalu nak lagi hebat jom kita kira skit. sijil ASB bleh buat duit. dalam diam gitu.
Misalnya kita ada RM11K buat sijil vs OD dapat RM10K OD
jika kita tak guna cash dari OD kita dapat interest ASB 8% setahun. kalu guna OD lepas tu tak bayar pulak setahun kena lah 5.5% (ikut BLR semasa) so kita dapat 2.5% jer dari pulangan ASB.
tapi cuba korang keluarkan RM10k tadi kemudian masukkan semula dalam ASB. pulangan ASB anda 8% bagi RM21K tau. dan anda hanya dikenakan 5.5% faedah dari RM10K
Jadi keuntungan anda Faedah 8% dari RM11K juga keuntungan 2.5% dari RM10K. ni lah nama duit buat duit.
tapi jangan silap yer. pasal bila ada cash dalam tangan ni susah nak uruskan. heheheh
cuma nyer bila anda tengok kadar interest overdraft melebihi dari pulangan ASB tahunan baik keluarkan dari ASB topup semula Overdraft.
tapi penyata kewangan anda juga tidak cantik lagi. pasal ada overdraft. so nak buat loan ker apa ker tak lepas tau.
Read more...
06 November 2011
Selepas bergelar Akauntan Bertauliah
Selepas bergelar Akauntan Bertauliah
aku ni dah dapat sijil sebagai akauntan bertauliah atau nama glamour nya chartered akauntant (M) tapi bila dah dapat ni banyak pulak perkara baru yang aku perlu tahu.
salah satunya aku kena maintain 60CPE untuk 3 tahun. bermaksud ada belanja untuk pi courses. selain itu setiap tahun kena bayar yuran atau fee duit belanja lagi. buat masa ni company tempat aku kerja boleh claim. tapi kalu tak boleh claim macam mana?
tapi yang pasti apa yang aku nak aku dah dapat. seperti sebelum ni aku kata makin tinggi kita kejar makin tak tercapai. maksudnya setahun dua akan datang aku kena ada peningkatan lagi. jadinya aku kena sambung belajar pulak. dan yang pasti duit belanja kena sediakan lagi.
walau apa pun yang kita kejar. walau tinggi mana pun kita berada, jangan lupa yang dibawah. Emak, bapa, terima kasih segalanya. tidak terbalas oleh anak mu apa yang telah keluarga ku lakukan. sayang kat emak dan bapa aku.
Read more...
05 November 2011
Sebelum Menjadi Akauntan
Cerita sebelum mendapat akauntan bertauliah
aku berasal dari keluarga yang susah. kais pagi makan tengahhari, kais petang makan malam. namun emak dan ayah berkerja bersunguh2 mencari rejeki. dari laut hingga ke darat, dari sungai juga di hutan. segala kerja yang mendatangkan hasil. mereka tak pernah memikirkan susah tersebut. yang penting anak2 mereka dapat keselesaan, dapat bersekolah seperti budak2 yang lain.
tu intro kehidupan keluarga aku. aku disini bukan nak menagih simpati. sekadar berkongsi. permulaan nya selepas aku habis PMR, nak masuk kelas Sains cikgu tak benarkan. hanya kerana sains dan matematik aku dapat B. untuk masuk kelas Sains kena salah satu A dan B.
Selepas itu aku nama keluar. aku di kelas sastera (4 Sastera A) ada subjek Prinsip Akaun. aku ni pulak suka skit kira mengira. so ambik jer lah. tengok subjek ni senang ja. lagi pun time tingkatan 1-3 ada juga kelas kemahiran hidup berkenaan kira2. macam sama ja.
sampai lah SPM aku ambik princip akaun. alhamdulillah dapat lah skor tinggi. lepas tu masuk tingkatan 6. kemudian sambung masuk universiti. nak pendekkan cerita pasal minat akaun (konon2) ambik lah kos kat universiti akaun.
lepas tu cari kerja pulak punya lah payah lepas grade tu. hujung tahun 2005 hingga awal 2006. penghujung 2006 baru lah aku kerja. tu pun puas udah merantau.
pendekkan cerita lagi tahun ni aku baru lah dapat status akauntan bertauliah. tapi. bila dah dapat tu nak wat apa pulak. tak kan sampai disini ja. huh. makin tinggi kita kejar makin tak tercapai rupanya...
Langgan:
Catatan (Atom)
Pengikut
Bahagian ini hanya RM5 Sebulan
Flash Quran Recitation by Mishary Rashed al-Efasy


