05 Ogos 2012

Integriti

Integriti adalah sifat yang perlu ada pada seseorang untuk membentuk peribadi yang sempurna. Integriti merangkumi aspek keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip dan tidak mudah dipengaruhi. Integriti juga adalah satu garis panduan, penanda aras, titik rujukan atau matlamat yang digunakan untuk membuat keputusan yang bergantung kepada ketepatan dan kejujuran.

Sumber: Suruhanjaya integriti

jika dilihat dari kamus dewan 
1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan.