ku berkorban... tak balik raya...
Sedihnya kurasa... raya dah nak dekat... tapi tak dapat balik raya......
seedih.....
sedih......
terharu.... tapi kontrol.. tak yer nak nangis.....
Kehidupan seseorang sentiasa berputar, seperti air laut ada pasang surut, seperti hari2 berlalu siang dan malam ada hujan ada panas.... tetapi aku tetap aku...
17 Disember 2007
02 Disember 2007
Taman Pertanian Shah Alam 01-12-2007
30 Oktober 2007
Air Asia Delay
29 October 2007 - Kota Kinabalu Airport
Semua menunggu ketibaan kapal. well faham2 jerlah kan.. airasia delay lagi.. sejam menunggu.
Back to Semenanjung
24 Oktober 2007
Kudat, Sabah
24 Oct 2007 - Jalan2 di Kudat
Sempat lagi posing
wit my mom and adik bungsu dan second bungsu
Menara Jam Kudat
tepi laut ada bot nelayan lah...
Time balik raya kat kampung. bawa mak pi pejabat KWSP Kudat. perjalanan dari kota marudu memakan masa lebih kurang sejam. sekitar 100Km sahaja
mengurus kwsp mak untuk letak nama kedua. mak letak sapa lagi kalu bukan nama saya kan.. anak mak lah katakan.. tapi anak mak yang berjauhan dengan mak .. heheheh.. so aku pun letak lah dua nama juga di kwsp aku. nama mak dan nama ayah. fair lah kan. mana tau kan kalu umur tak panjang.
planning nak ajak pergi tanjung simpang mengayau. namun.. adik bungsu pulak mabuk.. tidur ja kerjanya dalan kete. tu pasal lepas lunch terus balik.
dalam perjalanan balik singah beli udang, ketam, ikan, siput.. lama dah tak bantai makanan lahut yang murah, fresh baru naik dari bot.
sampai kat umah petang dah. adik bungsu siap muntah dalam kereta. abg yang sulung muka semacam tengao adik. tapi nak buat macam na kan.. dah budak2 nak marah pun dah muntah dah.
beberapa hari sebelum aku balik semenanjung lah ni.. hehehe
Adik dengan pakaian tadika
24 Oct 2007 - pagi
Nama: Nazrin
No 8 dari 9 adik beradik. time ni baru tadika. ni nak pergi sekolah. sempat lagi lah aku suh dia posing.
tapi tak jadi pergi pasal nak ikut pergi kudat.. hehehe memonteng lah nampaknya. hope dah besar nanti tak lah suka memonteng jadi pelajar baik, cemerlang.
P/S: aku suka pergi sekolah. more than 90% kedatangan tahunan tau
10 Julai 2007
Gila Chess
Chess
Pertama kali aku letak dalam blog aku.. time ni menang lah.. hehee..
kalah pun banyak kali dah..
tapi tak leh main lama sangat.. nanti benda lain tak bleh buat.. ni kalu boring ja..
so sapa nak main jom lah online...
http://www.chesscube.com
add me "nusin"
14 Mei 2007
Journey to PortDickson 12.05.2007-13.05.2007
23 April 2007
Jungle Tracking 20 - 22 April 2007



20 April 2007 - bergerak selepas kerja pada jumaat. jungle tracking waktu malam. perjalanan sejam. sampai di waterpall pukul 12 tengah malam. sempat juga aku mandi sebelum tidur.. air sejuk. paling best sleeping beg terjatuh so malam tu tidur tampa sleeping beg.
21 April 2007 - Bangun pagi, sarapan pagi, mandi dan etc.. dalam lingkungan pukul 9 pagi patah balik tempat parking. cari semula sleeping beg. jumpa kat area kereta. sejam patah balik dan sejam balik ke air terjun.. senaman.. berdua dengan faisal. dia pulak rokok jatuh. hehehehe.
malam nya makan2 bersukaria, bercerita dan etc.
22 April 2007 - tengah hari bertolak pulang.
pengalaman yang seronok..